Tuesday, August 18, 2009

Tulis sebuah cerita mengenai suatu peristiwa yang menunjukkan bahawa kejujuran merupakan amalan yang sebaik-baiknya dalam kehidupan.


Sayup dan pilu menghambat perasaanku. Air mataku berlinangan.

Aku melihat gred mata pelajaranku.

Hatiku sangat berat kerana kecewa dengan keputusanku.

“Apa telahku lakukan untuk menerima balasan ini?!”, jerit hatiku.

Kegagalanku membuat aku mengenang ibu bapa kandungku yang telah tinggalkan aku dengan keluarga yang lebih kaya.

Keluargaku sedang menghadapi masalah kewangan beberapa tahun yang lalu.

Pada waktu itu, aku akan menduduki peperiksaan PSLE tidak lama lagi.

Tetapi, tanpa wang yang cukup untuk membayar yuran peperiksaan itu, aku tidak dibenarkan untuk menduduk peperiksaan yang sangat penting buatku itu.

Kebimbanganku semakin membakar.
Ibu bapaku membanting tulang siang dan malam untuk menyara hidup sekeluarga.

Yuran peperiksaan PSLE aku harus mereka membiayai.

Tambahan pula, adik-adikku masih bersekolah dan abangku akan memasuki universiti di Australia.

Kepala ibu bapaku sakit digayuti keserabutan. Mereka sangat bimbang atas masalah kewangan yang mungkin tidak dapat diselesaikan.

Ibu bapaku meninggalkan kita adik beradik di salah satu kawan bapaku. Dia sangat kaya.

Kawannya datang ke rumah untuk menghantar kami ke rumahnya yang sangat mewah.

Pakcik itu yang aku panggil Cik Remi, mengatakan bahawa ibu bapaku melarikan diri ke negeri lain kerana tidak boleh lagi mananggung membelanjaan sekeluarga.

Aku terpaksa tinggal dengan keluarga yang tidak pernah aku kenali. Aku sangat bingung dan sedih.

Pakcik itu membayarkan semua yuran dan perbelanjaan kami adik beradik.

Aku dapat masuki sekolah menengah dengan bantuan kewangannya.

Aku menjadi lebih degil dan nakal.

Aku tidak boleh terima bahawa ibu bapaku telah tinggalkan aku.

Aku membuat pelbagai masalah untuk mencari tumpuan orang.

Aku sangat rindu kasih sayang dan mengorbanan yang telah ibu bapaku curahkan.

Aku tidak membuat kerja sekolah/
Sering ditangkap cikgu kerana membuat perkara yang salah
Aku mula ponteng sekolah.
Apabila sudah tiba peperikaan GCE peringkat ‘O’, aku endahkan pelajaranku.

Padaku, tiada maknanya lagi untuk aku belajar lagi kerana ibu bapaku sudah tiada.
Fikiranku tidak matang. Aku tidak sedar akan kepentingan pelajaran.

Apabila sedang menduduki peperiksaan itu, aku menganggap ia seperti kertas latihan biasa.
Kini, aku tidak tahu apa harus dibuat gara-gara kegagalanku.

Aku merasa kesal kerana mengambil kesempatan atas kekayaan Cik Remi.

Aku tidak memikirkan tentang bahawa payahnya ibu bapaku cuba untuk mencari rezeki pada waktu dahulu.

Hidupku tidak bermakna lagi.

No comments:

Post a Comment