Tuesday, March 31, 2009

Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara bersendirian. Bincangkan, ya?

Format:
D - Definisi
I - Informasi
A - Analisis

I - Isi
B - Bukti
U - Ulasan

K - Kesimpulan
U - Ummph

Set, GO!

Kini sebagai seorang pelajar sekolah menengah, cara untuk belajar ialah sangat penting. Banyak kerja rumah dan projek-projek akan diberikan dan harus dihantar kepada guru subjek dalam tempoh yang tetap dan sangat cepat. Ada sekumpulan pelajar yang kurang senang untuk belajar dan membuat kerja tepat pada masanya. Ada juga yang boleh menepikan hal peribadi dan berikan fokus kepada pelajaran sahaja. Semua ini harus dilatih sejak kecil lagi. Jika tidak, susah untuk kita rajinkan belajar.

Belajar secara berkumpulan boleh menjadi efektif pada beberapa golongan pelajar. Ia boleh menyenangkan cara pemikiran tentang subjek yang mereka sedang belajar. Jika susah hendak belajar atau mempunyai beberapa kesukaran menjawab atau memahami beberapa soalan, mereka boleh bertanya dengan satu sama lain. Ini membolehkan mereka mendapat idea daripada ramai orang. Cara pemikiran akan meluas dan boleh memanfaatkan mereka dalam membelajar dengan cara yang betol dan efektif.

Walau bagaimana pun, tidak semua orang boleh belajar secara berkumpulan. Ada yang susah untuk belajar dengan kawan-kawan. Mungkin kerana gangguan yang boleh menghilangkan tumpuan kepada pelajaran mereka. Kerana adanya kawan di sebelah, mereka akan berbual-bual dan menepikan pelajarannya kerana tiadanya minat dalam belajar. Sebaliknya, orang dalam golongan ini akan belajar secara bersendirian. Mereka boleh fokus dengan seratus peratus. Mereka akan mengingati faktor-faktor yang telah mereka belajar dengan lebih senang.

Pada pendapat saya, dua-dua cara boleh memanfaatkan semua. Terima Kasih, ya?

Thursday, March 26, 2009

Cuti sekolah pada minggu lepas dan saat-saat yang akan mengembirakan saya pada masa depan. \m/

Seminggu lepas, aktiviti yang akan saya mempertengahkan ialah aktivti perkemahan band sekolah. Sebagai ketua band sekolah, saya harus membuat persiapan dan sesi-sesi yang akan diadakan pada perkemahan tersebut. Ia adalah perkemahan selama dua hari, satu malam. Saya sangat berasa seronok kerana saya boleh berjumpa dengan kawan-kawan dan boleh meluangkan masa dengan mereka hingga larut malam. Kami sekumpulan bekerja keras bermain alat muzik tersendiri kerana berazam untuk memberi persembahan yang baik pada petandingan yang akan datang tidak lama lagi. Pada waktu petang, kami menghentikan aktiviti dan menjalankan beberapa permainan untuk menghilangkan tekanan yang ada pada diri kami. Saya berasa bahawa silaturrahim antara satu sama laen telah dieratkan lagi. Pada waktu malam, kami akan bermakan malam bersama-sama. Kami seperti satu keluarga yang satu dan padu. Saat itu sangat bermakna pada saya.

Beberapa hari kemudian, saya berjumpa dengan teman-teman rapat untuk menonoton wayang di E!HUB. Saya berasa senang hati melihat ramai yang hadir untuk menonton bersama. Cerita yang saya toton itu sangat menarik. Ia membuat saya lompat dari tempat duduk beberapa kali. Sangat menarik! Saya suka!

Pada hari Isnin ini, band sekolah akan bertanding di Pusat Perdagangan Singapura. Banyak sekolah akan berada di situ. Saya tidak boleh sabar untuk menunujukkan betapa hebatnya kami kepada sekolah-sekolah lain. Jika kami mendapat markah yang bagos, ia akan menjadi sejarah dalam kehidupan band sekolah menengah East Spring selama-lamanya. Whooo!
Kami akan mendapat pakaian seragam yang baru pada hari ini! Saya mengharapkan bahawa kita akan melihat kemas dalam seragam itu. Saya sangat gembira dengan apa yang telah band sekola East Spring telah mencapai. Saya sangat bangga dengan di mana kami sedang berdiri.

Selamat tinggal!

Thursday, March 12, 2009

Filem terkini yang telah saya menonton.


1) Ini tahun 2009, jadi apakah filem yang terkini yang anda pernah menonton?
Filem yang terkini yang saya pernah menonton adalah cerita berjudul 'Flash Point'.
2) Hmm, filemnya mengenai apa, dan kenapakah anda menontoninya?
Filem ini mengenai seseorang polis yang sedang menghadapi masalah dengan 3 penjahat
berbangsa Vietnam. Penjahat itu menjual beli dadah dan suka membantai orang, hingga menjadi pembunuhan. Ramai telah tercedera disebabkan kezaliman pemuda-pemuda itu.
Filem ini mengandungi aksi yang sangat menarik. Pelakon-pelakon di dalam cerita ini mempunyai bakat yang sangat sukar dicapai orang ramai. Jalan cerita tersebut sangat unik dan menarik. Dalam cerita tersebut juga mengandungi meseg bahawa pentingnya keperimanusiaan.
3) Kalau boleh, mungkinkan anda akan menonton filem itu lagi?
Ya, tentu sekali. Cerita ini sangat rancak dan membuat saya ingin tahu lagi tentang apa akan berlaku selepas setiap adigan.