Tuesday, March 31, 2009

Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara bersendirian. Bincangkan, ya?

Format:
D - Definisi
I - Informasi
A - Analisis

I - Isi
B - Bukti
U - Ulasan

K - Kesimpulan
U - Ummph

Set, GO!

Kini sebagai seorang pelajar sekolah menengah, cara untuk belajar ialah sangat penting. Banyak kerja rumah dan projek-projek akan diberikan dan harus dihantar kepada guru subjek dalam tempoh yang tetap dan sangat cepat. Ada sekumpulan pelajar yang kurang senang untuk belajar dan membuat kerja tepat pada masanya. Ada juga yang boleh menepikan hal peribadi dan berikan fokus kepada pelajaran sahaja. Semua ini harus dilatih sejak kecil lagi. Jika tidak, susah untuk kita rajinkan belajar.

Belajar secara berkumpulan boleh menjadi efektif pada beberapa golongan pelajar. Ia boleh menyenangkan cara pemikiran tentang subjek yang mereka sedang belajar. Jika susah hendak belajar atau mempunyai beberapa kesukaran menjawab atau memahami beberapa soalan, mereka boleh bertanya dengan satu sama lain. Ini membolehkan mereka mendapat idea daripada ramai orang. Cara pemikiran akan meluas dan boleh memanfaatkan mereka dalam membelajar dengan cara yang betol dan efektif.

Walau bagaimana pun, tidak semua orang boleh belajar secara berkumpulan. Ada yang susah untuk belajar dengan kawan-kawan. Mungkin kerana gangguan yang boleh menghilangkan tumpuan kepada pelajaran mereka. Kerana adanya kawan di sebelah, mereka akan berbual-bual dan menepikan pelajarannya kerana tiadanya minat dalam belajar. Sebaliknya, orang dalam golongan ini akan belajar secara bersendirian. Mereka boleh fokus dengan seratus peratus. Mereka akan mengingati faktor-faktor yang telah mereka belajar dengan lebih senang.

Pada pendapat saya, dua-dua cara boleh memanfaatkan semua. Terima Kasih, ya?

2 comments:

  1. waaah. awak mesti seorang pelajar yang pandai...

    ReplyDelete
  2. Isi yang amat panjang da memuaskan.
    Contoh juga relevan. Baik!

    :)

    ReplyDelete