Tuesday, April 28, 2009

Jonas Brothers power.

Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku pembeli tiket di sistik dengan dukacitanya mengadu tentang masalah-masalah yang saya hadapi. Masalah-masalah ini telah membuat saya sukar untuk membeli tiket di lelaman dan kounter sistik.


Tujuan saya untuk membeli tiket adalah untuk melihat kumpulan musik kegemaran saya, Jonas Brothers, secara langsung. Mereka akan memberi persembahan di Fort Canning. Persembahan mereka akan bermula tidak lama lagi dan saya tidak boleh sabar untuk membeli tiketnya. Kerana terlalu sibuk dengan kerja peribadi, saya tidak ada mempunyai waktu untuk keluar dan pergi ke kounter sistik di Tampines untuk membelinya.

Mujurlah dengan adanya teknologi yang terkini, komputer membolehkan saya membeli tiket melalui internet. Malangnya, saya sangat hampa kerana saya menghadapi kesusahan melayari laman web tuan. Kerana kecewa dengan apa yang telah berlaku, saya tidak membuang masa lalu pergi ke kaunter sistik secepat mungkin.

Apabila sudah tiba di lokasi yang sepatut, saya terkejut kerana melihat barisan di kaunter sistik yang sangat panjang. Tambahan pula, di situ hanya ada satu kounter sistik sahaja. Keadaan itu bebuat saya tidak bermaya untuk beratur. Kerana saya adalah peminat yang setia kepada Jonas Brothers, saya tidak keberatan untuk beratur barisan yang begitu panjang.

Satu lagi perkara yang membuat saya sedih ialah cara pelayanan pelanggan oleh penjual tiket di situ. Penjual tiket itu tidak adat dan hormat kepada saya. Saya rasa tersinggung terhadap sikapnya.

Akhir sekali, saya bercadang bahawa Tuan .......bersambung.....

Semoga dengan lawatan ini akan dapat menambahkan semangat untuk kami belajar bagi menempuh peperiksaan GCE peringkat ‘O’ dan seterusnya menjejakkan kaki di lembah ilmu ini dan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti pengalaman di Universiti Nasional nanti akan memberi satu semangat yang tidak ternilai buat kami dan menjadi perangsang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Penutup

Surat Permohonan

Saya berharap mudah-mudahan permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan dan diluluskan oleh pihak tuan. Besarlah harapan kami agar pihak tuan tidak menolak permohonan kami memandangkan hasil lawatan ini pasti dapat memberi manfaat kepada kami. Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Atau

Surat Aduan

Semoga aduan kami (pada kali ini) mendapat perhatian daripada pihak tuan. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan sudi berkunjung ke (kawasan perumahan) kami untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang (masalah yang terpaksa kami hadapi).Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Thursday, April 23, 2009

Surat Rasmi

Surat Rasmi

PermulaanBerhubung dengan perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Bahasa Melayu Sekolah Menengah East Spring dengan sukacitanya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk melawat kampus Universiti Nasional Singapura. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti tahunan persatuan kami bagi pelajar-pelajar menengah 4.

Isi

Tujuan lawatan ini adalah untuk …..

Jika diizinkan, kami ….

Akhir sekali kami bercadang untuk …….

lecture

Semoga dengan lawatan ini akan dapat menambahkan semangat untuk kami belajar bagi menempuh peperiksaan GCE peringkat ‘O’ dan seterusnya menjejakkan kaki di lembah ilmu ini dan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti pengalaman di Universiti Nasional nanti akan memberi satu semangat yang tidak ternilai buat kami dan menjadi perangsang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

PenutupSurat Permohonan

Saya berharap mudah-mudahan permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan dan diluluskan oleh pihak tuan. Besarlah harapan kami agar pihak tuan tidak menolak permohonan kami memandangkan hasil lawatan ini pasti dapat memberi manfaat kepada kami. Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

AtauSurat Aduan

Semoga aduan kami (pada kali ini) mendapat perhatian daripada pihak tuan. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan sudi berkunjung ke (kawasan perumahan) kami untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang (masalah yang terpaksa kami hadapi).Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Surat Kiriman Rasmi


Muhammad Firdaus Bin Ishak
Pasir Ris St. 21
Blok 203 #02-312
Singapura 510203

24 April 2009

Pengurus Sistik
Ang Mo Kio Lorong 145
Singapura 346512

Tuan
Perkara: Pengkhidmatan Yang Kurang Memuaskan


Merujuk kepada perkara di atas, saya mahu mengadu kepada tuan tentang pengkhidmatan yang kurang memuaskan apabila membeli tiket konsert ke Jonas Brothers.


Pada dua minggu yang lalu, saya cuba menempah tiket melalui internet. Saya berasa sangat marah kerana lelaman yang saya menanti-nantikan menghadapi masalah. Sudah beberapa minit saya tunggu, tetapi lelamannya tetap tidak muncul. Kerana saya tidak boleh sabar lagi untuk membeli tiket Jonas Brothers, saya berkeputusan untuk pergi ke sistik.


Saya berasa sangat kecewa kerana saya harus beratur selama tiga jam. Di situ, saya hanya dapat lihat satu kounter sistik sahaja. Mungkin itu adalah punca kepada masalah ini. Satu lagi masalah yang saya hadapi ialah layanan yang tidak memuaskan. Penjual tiket di situ tidak mengukirkan senyuman. Malah, dia hanya berdiam diri dan membuat kerjanya tanpa dengan sopan santun. Mungkin kerana terlalu ramai orang, penjual tiket mungkin menghadapi tekanan untuk melayan semuanya di situ.


Untuk memperbaiki masalah ini, saya ada beberapa saranan yang efektif. Tuan boleh memanggil teknisyen informasi untuk bantu menyelesaikan masalah lelaman Tuan. Tuan juga boleh medirikan beberapa lagi buah kounter sistik supaya pembeli tiket tidak harus beratur dalam jangka masa yang lama. Ini juga menyenangkan penjual untuk membuat kerja dengan sempurna.


Saya berharap Tuan akan berikan kerja sama dengan sepenuhnya dan akan bertindak secepat
mungkin terhadap masalah-masalah yang telah saya mempertengahkan. Sekian, terima kasih.


Yang benar


(Firdaus Bin Ishak)






Sunday, April 19, 2009

Kehidupan manusia

Hari ini, saya mempelajari bahawa kita sebagai manusia mempunyai perasaan.
Perasaan marah, gembira, sedih, gelisah, iri hati.

Saya mempelajari bahawa kita tidak akan lari
dari membuat kesilapan, dosa.

Kehidupan bak pepatah, laut ada pasang surutnya.

Ada yang menang, ada yang kalah.

Kadang kala, teman menjadi lawan.
Lawan pula, menjadi teman.

Sayang menjadi benci.
Benci, menjadi sayang.

Malas atau rajin.
Kaya atau miskin.
Cepat atau lewat.
Kuat atau lemah.

Hidup ataupun mati.

Thursday, April 2, 2009

Fikir di luar kotak, dan baca.

Persahabatan Kaum Antarabangsa
Setiap kali sekolah aku menyambut hari persahabatan kaum antarabangsa, aku sangat gembira sekali! Aku akan melihat kawanku Berpakaian Sari, Cheongsiam, Baju Kebaya, Juba, Baju kurung dan banyak lagi. Sekolah aku akan menjadi sangat meriah. Kita bertukar-tukar hadiah kepada sesama sendiri. Pada satu ketika, aku dan kawan-kawanku melihat seorang perempuan memakai Sari. Babatnya sangat besar sehingga muka kite kelihatan terkejut dengan lidah terkeluar dan mata terbeliak! Seperti patung-patung di kuil-kuil India! Hahaha. Ish kelakarnya.
Apabila di dewan sekolah, aku melihat persembahan yang diadakan dari Kumpulan Tarian Melayu, India dan Cina. Ada juga tarian baru iaitu dinamakan, 'Modern Dance'. Aku berasa sangat seronok kerana melihat Banyak tarian-tarian yang diadakan pada persembahan yang sama. Perempuan-perempuan yang memberi persembahan semuanya cun-cun! haha. Okay, aku bergurau sahaja, ya?
Pada waktu rehat, kedai-kedai menjual makanan tradisional untuk semua rasa selazatannya. Mestilah tiada babi yang dijual. Hanya yang halal dan yang boleh dimakan sahaja. Aku dapat memakan kari kepala babi, eh oops kari kepala ikan dari kedai india, dan pau-pau halal dari kedai Cina. Seperti biasa, banyak makanan Melayu dijual juga. Aku sangat bangga dengan bangsa sendiri.
Di dalam kelas pula, kita dipecah dalam banyak golongan. Setiap kumpulan akan menjahit patung bersama-sama. Ini mengeratkan lagi silaturrahim antara kita sekelas. Aku sangat gembira melihat semua bergotong-royong membuat kerja yang diberikan.
Hari Persahabatan Kaum sangat penting dalam kehidupan masing-masing. Jika kita tidak mempertengahkan hal ini, banyak isu akan muncul. Seperti pergaduhan-pergaduhan yang telah terjadi pada zaman dahulu,ia telah membuat kaum-kaum menjadi marah dengan sesama sendiri. Ini akan menyebabkan tempat tinggal tiada ketenteraman.
Itulah pengalamanku dalam Hari Persahabatan Antarabangsa.
Terima Kasih:D

Wohohohohhhhahhahahahihihihhuhuhuhuhuhu

Sambutan Hari Persahabatan Kaum
WEEEEEEEEeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!