Thursday, April 2, 2009

Fikir di luar kotak, dan baca.

Persahabatan Kaum Antarabangsa
Setiap kali sekolah aku menyambut hari persahabatan kaum antarabangsa, aku sangat gembira sekali! Aku akan melihat kawanku Berpakaian Sari, Cheongsiam, Baju Kebaya, Juba, Baju kurung dan banyak lagi. Sekolah aku akan menjadi sangat meriah. Kita bertukar-tukar hadiah kepada sesama sendiri. Pada satu ketika, aku dan kawan-kawanku melihat seorang perempuan memakai Sari. Babatnya sangat besar sehingga muka kite kelihatan terkejut dengan lidah terkeluar dan mata terbeliak! Seperti patung-patung di kuil-kuil India! Hahaha. Ish kelakarnya.
Apabila di dewan sekolah, aku melihat persembahan yang diadakan dari Kumpulan Tarian Melayu, India dan Cina. Ada juga tarian baru iaitu dinamakan, 'Modern Dance'. Aku berasa sangat seronok kerana melihat Banyak tarian-tarian yang diadakan pada persembahan yang sama. Perempuan-perempuan yang memberi persembahan semuanya cun-cun! haha. Okay, aku bergurau sahaja, ya?
Pada waktu rehat, kedai-kedai menjual makanan tradisional untuk semua rasa selazatannya. Mestilah tiada babi yang dijual. Hanya yang halal dan yang boleh dimakan sahaja. Aku dapat memakan kari kepala babi, eh oops kari kepala ikan dari kedai india, dan pau-pau halal dari kedai Cina. Seperti biasa, banyak makanan Melayu dijual juga. Aku sangat bangga dengan bangsa sendiri.
Di dalam kelas pula, kita dipecah dalam banyak golongan. Setiap kumpulan akan menjahit patung bersama-sama. Ini mengeratkan lagi silaturrahim antara kita sekelas. Aku sangat gembira melihat semua bergotong-royong membuat kerja yang diberikan.
Hari Persahabatan Kaum sangat penting dalam kehidupan masing-masing. Jika kita tidak mempertengahkan hal ini, banyak isu akan muncul. Seperti pergaduhan-pergaduhan yang telah terjadi pada zaman dahulu,ia telah membuat kaum-kaum menjadi marah dengan sesama sendiri. Ini akan menyebabkan tempat tinggal tiada ketenteraman.
Itulah pengalamanku dalam Hari Persahabatan Antarabangsa.
Terima Kasih:D

3 comments:

  1. Isi agak 'racists'. Bahasanya ok. Tidak banyak kesilapan dibuat.

    ReplyDelete
  2. Wahhh cukup hebat sekali..
    Bahasa awak pun bagus.
    tetapi isi awak amat relavan...

    ReplyDelete
  3. Buat kelakar saja... Bahasa ok...isi ok... panjang juga.... apa lagi...

    ReplyDelete