Thursday, April 23, 2009

Surat Kiriman Rasmi


Muhammad Firdaus Bin Ishak
Pasir Ris St. 21
Blok 203 #02-312
Singapura 510203

24 April 2009

Pengurus Sistik
Ang Mo Kio Lorong 145
Singapura 346512

Tuan
Perkara: Pengkhidmatan Yang Kurang Memuaskan


Merujuk kepada perkara di atas, saya mahu mengadu kepada tuan tentang pengkhidmatan yang kurang memuaskan apabila membeli tiket konsert ke Jonas Brothers.


Pada dua minggu yang lalu, saya cuba menempah tiket melalui internet. Saya berasa sangat marah kerana lelaman yang saya menanti-nantikan menghadapi masalah. Sudah beberapa minit saya tunggu, tetapi lelamannya tetap tidak muncul. Kerana saya tidak boleh sabar lagi untuk membeli tiket Jonas Brothers, saya berkeputusan untuk pergi ke sistik.


Saya berasa sangat kecewa kerana saya harus beratur selama tiga jam. Di situ, saya hanya dapat lihat satu kounter sistik sahaja. Mungkin itu adalah punca kepada masalah ini. Satu lagi masalah yang saya hadapi ialah layanan yang tidak memuaskan. Penjual tiket di situ tidak mengukirkan senyuman. Malah, dia hanya berdiam diri dan membuat kerjanya tanpa dengan sopan santun. Mungkin kerana terlalu ramai orang, penjual tiket mungkin menghadapi tekanan untuk melayan semuanya di situ.


Untuk memperbaiki masalah ini, saya ada beberapa saranan yang efektif. Tuan boleh memanggil teknisyen informasi untuk bantu menyelesaikan masalah lelaman Tuan. Tuan juga boleh medirikan beberapa lagi buah kounter sistik supaya pembeli tiket tidak harus beratur dalam jangka masa yang lama. Ini juga menyenangkan penjual untuk membuat kerja dengan sempurna.


Saya berharap Tuan akan berikan kerja sama dengan sepenuhnya dan akan bertindak secepat
mungkin terhadap masalah-masalah yang telah saya mempertengahkan. Sekian, terima kasih.


Yang benar


(Firdaus Bin Ishak)






No comments:

Post a Comment