Thursday, March 26, 2009

Cuti sekolah pada minggu lepas dan saat-saat yang akan mengembirakan saya pada masa depan. \m/

Seminggu lepas, aktiviti yang akan saya mempertengahkan ialah aktivti perkemahan band sekolah. Sebagai ketua band sekolah, saya harus membuat persiapan dan sesi-sesi yang akan diadakan pada perkemahan tersebut. Ia adalah perkemahan selama dua hari, satu malam. Saya sangat berasa seronok kerana saya boleh berjumpa dengan kawan-kawan dan boleh meluangkan masa dengan mereka hingga larut malam. Kami sekumpulan bekerja keras bermain alat muzik tersendiri kerana berazam untuk memberi persembahan yang baik pada petandingan yang akan datang tidak lama lagi. Pada waktu petang, kami menghentikan aktiviti dan menjalankan beberapa permainan untuk menghilangkan tekanan yang ada pada diri kami. Saya berasa bahawa silaturrahim antara satu sama laen telah dieratkan lagi. Pada waktu malam, kami akan bermakan malam bersama-sama. Kami seperti satu keluarga yang satu dan padu. Saat itu sangat bermakna pada saya.

Beberapa hari kemudian, saya berjumpa dengan teman-teman rapat untuk menonoton wayang di E!HUB. Saya berasa senang hati melihat ramai yang hadir untuk menonton bersama. Cerita yang saya toton itu sangat menarik. Ia membuat saya lompat dari tempat duduk beberapa kali. Sangat menarik! Saya suka!

Pada hari Isnin ini, band sekolah akan bertanding di Pusat Perdagangan Singapura. Banyak sekolah akan berada di situ. Saya tidak boleh sabar untuk menunujukkan betapa hebatnya kami kepada sekolah-sekolah lain. Jika kami mendapat markah yang bagos, ia akan menjadi sejarah dalam kehidupan band sekolah menengah East Spring selama-lamanya. Whooo!
Kami akan mendapat pakaian seragam yang baru pada hari ini! Saya mengharapkan bahawa kita akan melihat kemas dalam seragam itu. Saya sangat gembira dengan apa yang telah band sekola East Spring telah mencapai. Saya sangat bangga dengan di mana kami sedang berdiri.

Selamat tinggal!

No comments:

Post a Comment