Wednesday, August 12, 2009

Pengertian hari kebangsaan bagi saya sebagai seorang rakyat Singchapor.

Jessica Alba.
Lawa tak? Lawa..




Hari kebangsaan sangat penting bagi rakyat Singapura tidak kira apa bangsa atau ugama. Ia telah menandakan saat Singapura mencapai kemerdekaan pada tahun 1965. Hari kebangsaan sangat penuh dengan sejarah. Sejarah Singapura boleh dijadikan contoh kepada orang-orang yang ingin berjaya mencapai cita-cita.





Saya sebagai individu, sangat bangga dengan negara yang sangat masyhur ini. Hari kebangsaan telah membuat saya sedar betapa besarnya Singapura telah mengembang sejak mencapai kemerdekaan. Bagi saya, untuk menjadi rakyat yang taat dan setia, menyanyi lagu kebangsaan, melafazkan ikrar dan memberi hormat kepada rakyat Singapura yang satu dan berseru sangat penting. Perkara-perkara ini adalah salah satu amalan yang harus saya lakukan untuk meyakinkan akan kewarganegaraan saya.





Hari kebangsaan telah memupuk ikatan yang kuat antara rakyat Singapura. Kita akan temu bersama untuk meraikan Hari kebangsaan, tidak kira di mana tempat atau masa. Tidak kira apa bangsa atau ugama, kita akan merayakan Hari kebangsaan bersama kerana Singapura ini adalah negara yang berbilang kaum. Jika negara berbilang kaum ini tidak aman dan damai, Hari kebangsaan tidak akan berjaya diraikan bersama.

No comments:

Post a Comment